LOGO

 

Logo OSH yang ringkas adalah singkatan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health).

 

Asas logo terbina adalah melambangkan penubuhan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang menjadi penggerak dan nadi kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti.

 

Huruf  S yang menyambungkan huruf  O dan huruf  H melambangkan Safety (Keselamatan) yang dititik beratkan kepada semua warga Universiti sejajar dengan surat arahan daripada Ketua Setiausaha Negara berkaitan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur serta peruntukan Undang-undang berkaitan keselamatan dan perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

Garisan luar huruf berwarna kelabu melambangkan komitmen universiti dalam memastikan pematuhan   Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) serta akta dan peraturan lain yang berkaitan.

 

Huruf O melambangkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selari dengan Visi UPM dalam mencapai piawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan bereputasi antarabangsa.

 

Kombinasi warna merah dan kelabu bermaksud keharmonian, kestabilan dan keceriaan.