A MEMORANDUM OF UNDERSTANDING MOU UPM-KEHOF | OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
» NEWS » A MEMORANDUM OF UNDERSTANDING MOU UPM-KEHOF

A MEMORANDUM OF UNDERSTANDING MOU UPM-KEHOF

PPKKP UPM -Pada 8 Julai 2022, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) UPM telah mencipta satu lagi sejarah baharu apabila telah berjaya mengadakan MOU dengan Kelab Hoki Freelance (KEHOF) yang merupakan sebuah kelab hoki sosial yang komited dalam pembangunan sukan hoki untuk komuniti yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kemahiran. Majlis menandatangani MOU tersebut telah diadakan di Stesen Latihan OSH UPM (OSHTraS).

Majlis yang bermula pada pukul 11.30 pagi, dimulakan dengan perbincangan halatuju antara kedua-dua pihak yang mana pihak PPKKP diwakili oleh Penolong Pendaftar Kanan PPKKP , Encik Mohd Khairul bin Jusoh @ Yusof dan Penolong Jurutera PPKKP Encik Solehan bin Azmi manakala pihak KEHOF diwakili oleh Presidennya Encik Hawari bin Ahmad Radzi dan Naib Presidennya, Encik Suhaimi Saidi. Antara isi perbincangan adalah berkenaan persefahaman yang dimeterai dalam MOU tersebut antaranya berkenaan pameran, kemudahan latihan kecergasan dan kesihatan, perkongsian idea, pengetahuan dan apa juga kerjasama lain yang akan dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Kemuncak majlis adalah ucapan dari Pengarah PPKKP UPM, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rafee Baharuddin dan juga ucapan Presiden KEHOF yang merungkai matlamat dan peranan antara UPM melalui PPKKP khususnya  dan juga KEHOF disusuli dengan perjanjian MOU antara kedua-dua pihak. Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengahari. 

Tahniah dan Selamat Maju Jaya PPKKP dan KEHOF.

Date of Input: 20/07/2022 | Updated: 20/07/2022 | syamimisyakira

MEDIA SHARING

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXEcFA4~