Kursus Kesedaran Keselamatan Dan Kepentingan Terhadap Penyakit Bawaan Kuman Tanah (Melioidosis) | OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
» NEWS » Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kepentingan Terhadap Penyakit Bawaan Kuman Tanah (Melioidosis)

Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kepentingan Terhadap Penyakit Bawaan Kuman Tanah (Melioidosis)

21 September –Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM dengan kerjasama MyOHUN telah mengadakan Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kepentingan Terhadap Penyakit Bawaan Kuman Tanah (Meliodosis) kepada kalangan Sukarelawan Bencana Alam di Malaysia. Terdapat 112 peserta telah berdaftar sebagai peserta melibatkan lebih 20 NGO termasuk sukarelawan persendirian. Penceramah yang terlibat dalam kursus ini adalah Prof. Dr. Latiffah Hassan dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Rafee Baharudin.
Objektif kursus adalah Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan jangkitan penyakit kepada sukarelawan bencana alam melalui sesi ceramah dan praktikal.
Peserta diberi pendedahan berkaitan merangkumi topik epidimeologi bagi kuman tanah (melioidosis), dan kefahaman dalam pengurusan kes penyakit, kawalan persekitaran, pakaian pelindung diri, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) , Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Manakala, sesi praktikal diberi kepada peserta melalui kaedah pengawalan persekitaran, pemilihan pakaian pelindung diri dan menjalankan aktiviti disinfeksi.

 

 

 

 

Date of Input: 22/09/2022 | Updated: 22/09/2022 | syamimisyakira

MEDIA SHARING

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXFDAAr~