KURSUS TALI TEMALI | OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
» NEWS » KURSUS TALI TEMALI

KURSUS TALI TEMALI

PPKKP UPM - Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) UPM telah mengadakan Kursus Tali Temali pada 24 Jun 2022. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) yang bertujuan untuk memberi ilmu baharu khususnya kepada staf Unit bantu Mula berkenaan jenis-jenis ikatan dan peralatan yang sesuai digunakan. Kursus ini sangat signifikan dan amat bertetapan dengan fungsi PPKKP khususnya di Unit Bantu Mula yang mana, boleh digunakan untuk kerja-kerja menyelamat serta sesi  perkongsian dan latihan kecemasan bersama dengan staf-staf UPM. Latihan selama 1 hari yang diadakan di Hutan Simpan Pucong, telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang berkepakaran dalam bidang tersebut yang terdiri daripada pensyarah dan juga staf dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM. Melalui kursus terbut, staf PPKKP telah dapat meningkatkan kemahiran, khususnya berkenaan kaedah ikatan dan teknik-teknik menyelamat di tempat tinggi.

PPKKP SENTIASA CEMERLANG!

Date of Input: 20/07/2022 | Updated: 20/07/2022 | syamimisyakira

MEDIA SHARING

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXEcBAv~