LAWATAN PENANDA ARAS DARI ROSH-UKM | OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS DARI ROSH-UKM

LAWATAN PENANDA ARAS DARI ROSH-UKM

 

 

 

PPKKP UPM - Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM berbesar hati menerima lawatan penanda Aras daripada Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (ROSH_UKM) pada 9 Jun 2022. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah ROSH-UKM, Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin bersama 14 orang staf yang bertujuan untuk memdapatkan maklumat serta perkongsian pengalaman daripada Pejabat OSH UPM untuk diterap dan diaplikasikan oleh PTJ di UKM sebagai langkah pertama untuk menyertai Anugerah keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara dan melihat operasi dan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dilaksanakan oleh UPM sehingga berjaya mendapatkan Anugerah tersebut.

Lawatan yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan aluan dan perkongsian peranan serta fungsi OSH UPM daripada Pengarah OSH UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharuddin dan taklimat berkenaan struktur dan perjalanan OSH UPM telah disampaikan oleh Ketua Seksyen Pengurusan Dan Operasi, Puan Nor Afida Miskam.

Selepas taklimat dan perbincangan, pelawat telah dibawa melawat ke beberapa lokasi seperti Galeri OSH UPM, Pejabat Operasi Unit Bantu Mula UPM dan juga Stesen Latihan OSH UPM (OSHTraS) dimana peserta lawatan diberi penerangan berkenaan kemudahan yang disediakan seperti Stesen Induksi Kontraktor, Studio untuk kemudahan melaksanakan webminar, Ruangan Pameran PPE dan peserta juga diberi peluang untuk mencuba kelengkapan yang dimiliki oleh Unit Bantu Mula UPM.

Semoga lawatan ini memberi impak kepada kedua-dua universiti ini untuk terus memacu program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjadi perkara utama yang diberi keutamaan oleh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Tahniah diucapkan.

Date of Input: 16/06/2022 | Updated: 16/06/2022 | syamimisyakira

MEDIA SHARING

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXFDGA0~